STAFF HOME MANAGER YPKT

STAFF HOME MANAGER YPKT

Tuesday 13 October 2015

Manfaat untuk Majikan yang menggunakan perkhidmatan Home Manager



· Percubaan selama sebulan bagi Home Manager yang TIDAK TERLATIH ( bayaran elaun Home Manager RM700 akan ditanggung kerajaan negeri )



· Sumbangan RM200 sebulan dari kerajaan negeri selama setahun ( gaji minimum Home Manager adalah RM900 dimana  RM700 dibayar oleh majikan dan RM200 ditanggung oleh kerajaan negeri  )




Untuk mendapatkan perkhidmatan Home Manager, langkah-langkah berikut boleh dilakukan:-

¨ Melengkapkan borang permohonan majikan yang boleh diperolehi dari mana-mana pejabat YPK kawasan  atau pejabat urusan Home Manager

¨ Emelkan Nama, Alamat, Nombor telefon pemohon kepada homemanagerypkt@gmail.com. Tuan / Puan akan dihubungi jika terdapat calon yang bersesuaian

¨ Setelah  bersetuju dengan pilihan Home Manager, majikan perlu menandatangani akujanji dan menyetarkan bayaran pengurusan RM2000 dan 2 bulan pendahuluan gaji berjumlah RM1400. Akujanji ini untuk 1 tahun perkhidmatan dan Permodalan YPK bertanggungjawab memantau perkhidmatan yang diberikan

Untuk Keterangan Lanjut Hubungi :

09-6205570
011-28510300


Monday 12 October 2015

LATARBELAKANG

· Kerajaan Negeri Terengganu telah meluluskan bajet sebanyak RM 1 juta bagi melaksanakan Program Home Manager bagi tahun 2015

· Program ini bagi mencapai hasrat Kerajaan Terengganu menangani masalah kebergantungan kepada pekerja asing sebagai pembantu rumah serta membantu golongan miskin serta Ibu Tunggal meningkatkan taraf hidup dan pendapatan keluarga

· Dalam menjayakan program ini, Permodalan YPK Sdn Bhd ( anak syarikat milik penuh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu ) telah dipertanggungjawabkan mendapatkan calon-calon Home Manager yang bersesuaian untuk diberi latihan dan mengaturkan penempatan yang bersesuaian dengan keperluan majikan

· Home Manager yang dipilih adalah berumur diantara 18 – 55 tahun dari pelbagai bidang kemahiran sesuai dengan permintaan majikan