STAFF HOME MANAGER YPKT

STAFF HOME MANAGER YPKT

Monday 28 December 2015

PERKHIDMATAN HOME MANAGER SECARA SAMBILAN



PERKHIDMATAN HOME MANAGER SECARA SAMBILAN


Bermula 1 Januari  2016, Pejabat Urusan Home Manager ingin menawarkan khidmat Home Manager mengikut kadar yang mampu untuk semua. Pakej ini di tawarkan bagi majikan yang tidak memerlukan khidmat setiap hari dan memilih untuk mengunakan khidmat pada hari-hari tertentu sahaja seperti hujung minggu ,cuti-cuti umum dan pembantu sementara.


Perkhidmatan yang di tawarkan adalah seperti  berikut :-

PAKEJ
JENIS PERKHIDMATAN 
KADAR BAYARAN
PAKEJ A
Perkhidmatan harian
RM 70
PAKEJ B
Perkhidmatan 4  hari  sebulan
RM 250 sebulan
PAKEJ C
Perkhidmatan 8 hari sebulan
RM 450 sebulan
PAKEJ D
Perkhidmatan sebulan
RM 1000 sebulan



Untuk mendapatkan khidmat ini sila berhubung dengan pejabat urusan kami untuk pengaturan hari dan tugasan yang di perlukan.

Di antara tugasan yang mungkin boleh membantu anda adalah mengemas kediaman/premis,   membantu pesakit dalam pantang/ pesakit dalam hospital atau  lain-lain tugasan yang boleh di rundingkan bersama. 


KAMARULZAMAN AWANG
Pengurus Projek
Program Home Manager





Saturday 12 December 2015


PROGRAM MOTIVASI DAN MESYUARAT KAKITANGAN 2/ 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hubungan yang rapat antara pengurusan dan kakitangan sangat di perlukan bagi membantu merealisasikan pencapaian objektif sesuatu program. Sebelum Pejabat Pengurusan melabuhkan tirai 2015, suatu program yang mengabungkan motivasi dan mesyuarat kakitangan  telah di adakan pada pada 12 Disember 2015 bertempat di Dewan YPKT,Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu . Program tersebut disampaikan secara bersama  oleh En Shaharudin Bin Mohd Kia, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Terengganu dan kakitangan Pejabat Pengurusan Home Manager. 
Terima Kasih di atas kerjasama dan kami rasa bangga dapat menyumbang bersama anda untuk kesejahteraan rakyat Negeri Terengganu - meralisasikan Prinsip TTB ke 3 : Keluarga  Bahagia Rakyat sejahtera.

Kamarulzaman Awang
Pengurus Projek Home Manager




Monday 7 December 2015

PEJABAT OPERASI HOME MANAGER

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !

Terima kasih di atas sokongan anda kepada Program Home Manager. Pejabat Urusan Home Manager kini  beroperasi semula  di  Pejabat Urusan Home Manager beralamat di : - 

Tingakat 1B , 492 Gong Kapas , 21 100 Kuala Terengganu.
 Tel No.   09 6205570 atau 011- 28510300 (panggilan ,,sms  & wasup) .
emel : homemanagerypkt@gmail.com 

Kami mungkin memerlukan sedikit masa untuk mengemaskini semua dokumen yang musnah akibat kebakaran tempuh hari. Pohon kerjasama semua untuk melicinkan pentadbiran. Kami memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan tidak di sengajakan. Kami akan berusaha mengemaskini semua maklumat untuk memudahkan anda mendapat perkembangan terbaharu berkaitan operasi Home Manager, Terengganu.


KAMARULZAMAN AWANG
Pengurus Projek,